Durian Merah berpotensi diketengahkan sebagai produk baharu makanan di Malaysia

Oleh Yussof J. Imbang

TONGOD; Durian merah bukan sahaja buah eksotik tropika yang berkhasiat tetapi berpotensi diketengahkan sebagai produk baharu makanan di negara ini.

Keunikan durian merah menjadi inspirasi Wakil Rakyat Kuamut, Datuk Masiung Banah mencadangkan kepada Kementerian Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan Sabah (MAFFI) menjalankan kajian menerusi teknologi baharu tentang varieti bibit tanaman pokok eksotik itu.

Beliau optimis, teknologi agronomi moden mampu menghasilkan bibit durian merah yang bermutu tinggi dengan saiz pokok lebah rendang dan rendah berbanding tanaman tradisional sekarang.

Kelazatan isi durian merah bukan sahaja menjadi makanan tradisi di kalangan masyarakat orang Sungai di Tongod, Kinabatangan, Telupid dan Beluran, tetapi juga menjadi buruan pencinta rasa di Sabah dan Sarawak.

Isi durian merah kebiasanya ditumis sambil  ditambah sedikit perisa untuk dijadikan ‘sambal’ dan ia merupakan menu paling popular di daerah sebelah utara Sabah itu selain berpotensi menembusi pasaran makanan di rantau Asia. 

Pengerusi Kumpulan Sedco bertaraf menteri itu mengesa MAFFI menjalankan kajian varieti cantuman agronomi baharu bagi menghasilkan bibit yang rendang sekaligus dipromosikan sebagai tanaman domistek dalam industri pertanian di Wilayah Sabah.

Masiung yakin menteri MAFFI, Datuk Jamawi Jaafar, yang berpengalaman luas dalam industri pertanian berasaskan durian mampu mengetengahkan varieti durian merah sebagai tanaman hala cara moden.

Menurut beliau, apabila durian merah menjadi tanaman utama di negeri ini, pengeluaran buah eksotik itu akan bertambah sekaligus pasaranya semakin meluas.

Jelasnya, tanaman warisan yang menjadi makanan kegemaran tradisi masyarakat Sungai di empat daerah utara Sabah itu adalah tanaman bermusim. 

Uniknya buah durian merah tidak akan luruh walaupun buahnya sudah matang.

Pokoknya yang bersaiz besar dan tinggi terpaksa menggunakan khidmat penduduk yang mahir memanjat untuk memetik buahnya.

Kelazatan durian merah rasa lemak manis, kandungan gula rendah dengan hasil tinggi sehingga 200 biji satu pokok, sudah tentu ia berpotensi besar sebagai produk agropelancongan baharu yang unik.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles