Victor sumbang RM2,000 kepada PVATM Tambunan

Oleh: John T.

KOTA KINABALU: Ketua Bahagian Parti Gagasan Rakyat Sabah (PGRS) Tambunan, Dato’ Victor Peter Paut telah menyampaikan sumbangan sebanyak RM2,000 kepada Persatuan Veteran Angkatan Tentera Malaysia (PVATM) Cawangan Tambunan. 

Majlis penyerahan sumbangan itu diadakan sempena kunjungan hormat PVATM diketuai Oliver Olang, selaku Ketua Cawangan PVATM Tambunan, bersama sembilan (9) orang ahli Jawatankuasa di pejabat Victor di Kota Kinabalu, pada Selasa.

Victor, yang juga penaung PVATM Tambunan berkata, sumbangan tersebut adalah untuk membiayai aktiviti dan kebajikan ahli-ahli persatuan. 

“PGRS Tambunan menyedari dan percaya bahawa jasa dan pengorbanan para veteran amat besar nilainya kepada negara. Oleh itu, usaha memperkasa kebajikan mereka akan terus diberi perhatian melalui kerjasama strategik bersama pertubuhan-pertubuhan berkaitan.

PGRS Tambunan akan terus komited untuk memperjuangkan perpaduan, kebajikan rakyat, serta pembangunan mampan di daerah Tambunan demi kesejahteraan bersama,” katanya.

Sempena kunjungan hormat itu juga, PVTM merakamkan ucapan tahniah dan syabas kepada Victor di atas perlantikan sebagai Timbalan Pengerusi Sawit Kinabalu Sdn Bhd dan Borneo Samudera Sdn Bhd.

Kunjungan hormat itu telah berlangsung dalam suasana mesra dan penuh semangat muhibah. Pertemuan ini mencerminkan hubungan erat antara kepimpinan masyarakat, veteran tentera, serta parti yang sentiasa komited memperjuangkan kebajikan rakyat.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles