BN Sabah pimpin penyelarasan kerajaan perpaduan, fokus menang PRK Kinabatangan & Lamag

KOTA KINABALU: Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Sabah, Datuk Jafry Ariffin semalam mempengerusikan Mesyuarat Penyelarasan Kerajaan Perpaduan Negeri Sabah bagi memastikan gerak kerja jentera lebih tersusun dan strategi kempen diperkukuh untuk pilihan raya kecil (PRK) P.187 Kinabatangan dan N.58 Lamag.

Mesyuarat tersebut turut dihadiri oleh wakil-wakil kepimpinan daripada Barisan Nasional (BN), Gabungan Rakyat Sabah (GRS), Parti Keadilan Rakyat (PKR), Pertubunan Kebangsaan Bersatu Upko (UPKO), dan Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), sekali gus mencerminkan kesepaduan serta komitmen bersama untuk memastikan kemenangan calon-calon Barisan Nasional, iaitu Mohd Kurniawan Naim (Parlimen Kinabatangan) dan Mohd Ismail Ayob (DUN Lamag).

Jafry menekankan kepentingan mengukuhkan perpaduan kerajaan negeri melalui parti-parti komponen dalam Kerajaan Perpaduan, sambil menyampaikan penghargaan khusus kepada Datuk Seri Hajiji Haji Noor, Ketua Menteri Sabah dan Presiden GRS, atas sokongan padu beliau terhadap penyelarasan ini.

Beliau menegaskan bahawa kestabilan politik dan keberkesanan pentadbiran negeri sangat bergantung kepada kesepakatan parti-parti komponen dalam membina dasar yang konsisten, menyeluruh, dan berpandangan jauh demi kepentingan rakyat.

“PRK ini bukan sekadar pertandingan politik, tetapi soal mandat rakyat dan kestabilan masa depan kawasan. Kita bergerak sebagai satu pasukan, satu suara dan satu matlamat untuk menang,” kata Jafry.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles