Warisan belum muktamad keputusan sertai PRK Kinabatangan, DUN Lamag

KOTA KINABALU: Parti Warisan masih belum membuat sebarang keputusan berhubung penyertaan dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kinabatangan dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Lamag, kata Presidennya Datuk Seri Panglima Mohd Shafie Apdal.

Menurut Shafie, sebarang kenyataan atau dakwaan bahawa Warisan telah memutuskan sama ada untuk bertanding atau tidak adalah tidak tepat dan bersifat pramatang.

Beliau menegaskan, seperti lazimnya dalam urusan pilihan raya, keputusan hanya akan dibuat selepas melalui perbincangan dalaman parti dan proses yang teratur, dengan mengambil kira kepentingan rakyat Sabah.

“Apabila keputusan telah dimuktamadkan, ia akan diumumkan secara rasmi melalui saluran parti,” katanya dalam satu kenyataan.

Warisan turut mengingatkan orang ramai dan pihak media agar tidak membuat spekulasi serta hanya merujuk kepada kenyataan yang disahkan dan dikeluarkan secara rasmi oleh parti.

Kongsi

Related Articles

253FansLike

Latest Articles