KOTA KINABALU: Ketua UMNO Putatan Jeffery Nor Mohamed menzahirkan sokongan terhadap cadangan Timbalan Ketua Menteri III, Datuk Ewon Benedick berhubung pelantikan ahli koporat ke syarikat-syarikat milik kerajaan negeri (GLC).
Menurutnya umum mengetahui secara asas bahawa GLC-GLC milik kerajaan negeri yang ditubuhkan berperanan untuk memberi pendapatan utama kepada kerajaan negeri.
Oleh itu, Jeffery berkata perubahan ‘asas’ kepada ‘struktur’ atau ‘sistem’ pelantikan ahli-ahli lembaga pengarah (BOD) GLC mesti berpandukan kepada merit dan kemanpuan seseorang individu itu, khususnya ‘kebolehan’ mengurus tadbir dengan baik bagi menghasilkan pendapatan yang progresif.
“Budaya koporat di GLC perlu diterapkan dengan segera, ‘mind set’ atau ‘budaya’ sebelum ini perlu berubah, GLC di Sabah bukan sebagai semata-mata pelengkap kepada tuntutan ‘political levarage’ (manfaat politik) seperti sebelum ini.
“Idea-idea kreatif seperti penghasilan kepada peluang-peluang sumber manusia yang berbeza ‘tingkat’, kreativiti penghasilan peluang-peluang baru berteraskan ‘major’ bisnes, penghasilan kerjasama dengan dalam dan luar yang berdaya maju bagi membuka ruang baru ‘input’ idea serta sumber ‘additional financial’ tanpa bergantung banyak kepada bantuan kerajaan negeri dan ‘thinks global’ antara sasaran yang perlu ada pada setiap GLC d negeri Sabah,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Sehubungan itu, Jeffery menyambut baik ketetapan Ketua Menteri Sabah yang menghendaki syarikat GLC mengemukakan laporan setiap tiga bulan.
“Saya amat setuju cadangan ini supaya tidak ada lagi fikiran ‘main-main’ seperti sebelum ini, mana-mana syarikat GLC di bawah mana-mana kementerian di Sabah yang tidak menunjuk prestasi baik atau ‘perfom’ boleh dikaji bagi disatukan dengan GLC-GLC lain dalam kementerian yang sama bagi mengurangkan ‘credit liability’ dan juga ‘cut cost’ atau perkataan lain penjimatan dalam menjadikan liabiliti kepada keuntungan,” katanya.
Dalam hal ini, Jeffery berkata syarikat GLC terbabit perlu berubah dari zon selesa (comfort zone) kepada keberanian untuk menghasilkan sesuatu yang di luar kotak.
“Saya mahu melihat GLC-GLC menjadi pemangkin utama kepada pendapatan kerajaan negeri Sabah dan boleh dipulangkan kepada rakyat Sabah dalam pelbagai bentuk bantuan,” katanya.
