Parti PERPADUAN saran pemimpin BERSATU Sabah sertai parti lokal – Jack Giau

KOTA KINABALU: Tindakan BERSATU meminta Tan Sri Muhyiddin meletakkan jawatan susulan pencapaian parti itu yang mengecewakan dalam PRN baru-baru ini

adalah tepat pada masanya, kata presiden PERPADUAN Jack Giau.

Bagaimanapun, katanya adalah lebih baik bagi mana-mana pemimpin BERSATU di Sabah untuk memilih menyertai parti-parti tempatan

Menurutnya menyalahkan Presiden BERSATU merangkap Pengerusi Perikatan Nasional semata-mata juga tidak tepat.

“Hakikat utama ialah rakyat Sabah secara jelas menolak parti-parti Malaya, dan ini menjadi faktor mengapa hampir semua parti nasional tewas dalam PRN Sabah ke-17,” katanya dalam hantaran terbaharu di media sosial.

Jack menjelaskan “IGC Report” dengan jelas menggariskan bahawa Sabah wajar menikmati autonomi politik, pentadbiran dan kawalan hal ehwal negeri sendiri. 

“Semangat laporan ini menetapkan bahawa urusan politik Sabah hendaklah dipimpin oleh parti-parti tempatan dan bukan dikuasai oleh pengaruh parti dari Malaya,” katanya.

Menurut beliau, walaupun tidak dinyatakan secara spesifik dalam bentuk undang-undang bahawa parti Malaya tidak boleh masuk Sabah, namun semangat dan persyaratan asal IGC Report menekankan bahawa Sabah mesti dipimpin oleh entiti politik tempatan, agar identiti, kepentingan dan kuasa rakyat Sabah tidak terhakis.

“Jelas beliau lagi, janji-janji dalam IGC Report — termasuk autonomi politik, autonomi imigresen, pentadbiran negeri dan perlindungan hak rakyat Sabah — tidak sepatutnya dikompromikan dengan kemasukan parti Malaya yang melemahkan kedudukan politik tempatan.

“Parti Luar Tidak Lagi Mampu Mewakili Aspirasi Sabah, rakyat Sabah kini semakin sedar bahawa parti luar tidak lagi diterima.” katanya.

Oleh itu, Jack mencadangkan agar para pemimpin dan penyokong BERSATU lebih baik memilih parti tempatan bagi meneruskan perjuangan politik mereka, daripada terus bergantung kepada parti luar yang lebih cenderung mengatur hasil Sabah daripada membawa kemajuan sebenar kepada negeri ini.

Tambah beliau, sudah tiba masanya pemimpin yang berhaluan parti luar kembali bersatu membangunkan Sabah melalui wadah politik tempatan, agar aspirasi dan impian bapa-bapa kemerdekaan dapat direalisasikan.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles