KOTA KINABALU ,Presiden parti PERPADUAN Gundohing Jack Giau mengecam keputusan Kerajaan Negeri Sabah mnelantik ADUN Bingkor, Mohd Ishak Ayub dari STAR Sabah sebagai Pembantu Menteri semalam.
Menurut beliau, pelantikan itu bercanggah dengan pendirian rasmi STAR Sabah yang mana Presiden mereka,Datuk Seri Panglima Dr Jeffrey Kitingan menegaskan bahawa STAR akan kekal sebagai blok pembangkang.
“Barisan Nasional pula sejak dari awal Presiden sudah membuat keputusan untuk tidak bekerja sama dengan GRS.
“Rakyat Sabah mengimpikan ketelusan dan usaha kerjaan Sabah agar tidak terlibat dengan parti Malaya dalam pentadbiran negeri Sabah,” katanya dalam hantaran terbaharu di media sosial.
Presiden PERPADUAN menegaskan bahawa pelantikan itu boleh menimbulkan kekeliruan dalam kalangan rakyat Sabah mengenai kedudukan Kerajaan Negeri dan hala tuju politik pada masa hadapan.
Fakta terkini keputusan Pilihan Raya Umum (PRU) DUN Sabah Ke-17menunjukkan bahawa gabungan tempatan, Gabungan Rakyat Sabah (GRS),meraih 29 daripada 73 kerusi DUN menjadikannya blok terbesar, walaupun belum memperoleh majoriti mudah 37 kerusi.
Hasil ini menunjukkan majoriti rakyat Sabah memilih wakil tempatan dan parti tempatan menandakan kecenderungan mereka terhadap identiti dan kepentingan local.
Oleh itu, katanya PERPADUAN menyeru supaya pemimpin kerajaan negeri, menghormati mandat rakyat kuasa dan pemerintahan negeri harus terletak pada parti tempatan, bukan memberi laluan kepada parti luar dari Negeri Sabah demi kestabilan politik dan keharmonian sosial.
Jack berkata sebarang pelantikan yang menyalahi kerangka tempatan perlu dikaji semula untuk menjaga kepercayaan rakyat,keharmonian masyarakat dan kestabilan politik negeri Sabah.
