SANDAKAN: Calon Gabungan Rakyat Sabah (GRS) Dewan Undangan (DU) Sabah, Sungai Manila Hazem Mubarak Musa bertekad untuk membangunkan kawasan itu.
Hazem berkata dia akan berusaha untuk memberikan perkhidmatan terbaik untuk rakyat Sungai Manila.
Katanya, keazamannya itu mendorongnya untuk memnawa slogan Bersama Membangun Sungai Manila.
” Tanggungjawab menbangun Sungai Manila adalah tanggungjawab bersama dan saya akan bersama rakyat.
“Mandat yang diberikan oleh rakyat adalah amanah yang harus dilaksanakan dengan penuh tanggungjawab,” katanya lagi.
Bagaimanapun Hazem berkata dia tidak menjanjikan bulan dan bintang tetapi akan berusaha memberi perkhidmatan yang terbaik.
Katanya, fokus utamanya ialah meneruskan legasi pembangunan di Hub Pendidikan Sabah di Jalan Sungai Batang.
Menaiktaraf Pekan Muhibbah dan mencantikan desa Tanjung Pisau sebagau destinasi pelancongan.
Hazem juga menegas kawasan lain akan turut dimajukan dan dibangunkan.
“Saya akan turut melihat masalah rakyat dan akan berusaha menyelesaikan masalah itu,” katanya lagi.
