SANDAKAN: Calon Barisan Nasional (BN) N.51 Sungai Manila, Zaini Tiksun meneruskan kempen rumah ke rumah sebagai usaha mendekati dan memahami keperluan sebenar para pengundi di kawasan tersebut.
Pada sesi pagi ini, Zaini bersama jentera parti turun padang ke Kampung Jawa Satu, Sandakan, bagi bertemu secara bersemuka dengan penduduk setempat.
Program itu memberi ruang kepada beliau untuk mendengar sendiri pandangan, permasalahan serta cadangan rakyat yang menjadi asas penting dalam agenda pembangunan Sungai Manila.
Menurut Zaini, pendekatan mendekati rakyat secara langsung adalah komitmen penting dalam memastikan suara pengundi didengar dan diberi perhatian sewajarnya.
Beliau turut menegaskan bahawa usaha ini akan diteruskan sepanjang tempoh kempen sebagai tanda kesungguhan BN membawa masa depan Sungai Manila ke arah yang lebih sejahtera dan teratur.
