KUALA LUMPUR: Negeri-negeri di bawah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akan menutup semua taman-taman awam untuk kegiatan riadah dan sukan.
Menurut Menteri Kanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, aktiviti seperti berjoging atau aktiviti riadah lain tidak di benarkan di sana untuk mengelakkan kawasan tersebut sesak dengan pengunjung.
Beliau berkata bahawa tindakan boleh diambil keatas sesiapa yang mengengkari arahan tersebut.
“Tindakan terhadap mereka boleh diambil oleh pihak berkuasa yang menjalankan aktiviti penguatkuasaan,” katanya pada hari Khamis lepas.