Sholehuddinulfatih Turun Padang, Semarakkan Jentera BN Sungai Manila

SANDAKAN: Ketua Pergerakan Pemuda Gagasan Rakyat Sungai Manila (PGRS), Sholehuddinulfatih Mardin tampil menyatakan sokongan penuh dan turut sama membantu gerak kerja kempen Calon Barisan Nasional N.51 Sungai Manila.

Kehadiran beliau bersama pasukan muda di lapangan dilihat sebagai suntikan semangat baharu menjelang Pilihan Raya Negeri Sabah ke-17.

Calon Barisan Nasional N.51 Sungai Manila, Zaini Tiksun, melahirkan rasa syukur dan berterima kasih atas sokongan yang diberikan oleh Ketua Pemuda PGRS itu.

Beliau menyifatkan semangat dan komitmen anak muda seperti Sholehuddinulfatih sebagai pemangkin kekuatan kepada jentera kempen BN di kawasan tersebut.

Zaini berkata, kebersamaan semua pihak, tanpa mengira latar politik, menjadi bukti bahawa matlamat utama adalah kesejahteraan rakyat. Beliau turut menegaskan bahawa semangat perpaduan yang ditunjukkan golongan muda adalah asas penting untuk memastikan pembangunan Sungai Manila dapat diteruskan.

Beliau menambah, Barisan Nasional akan terus menggerakkan agenda pembangunan serta memperjuangkan hak dan kepentingan masyarakat setempat, terutama dalam aspek ekonomi, peluang pekerjaan dan kesejahteraan keluarga di Sungai Manila. Dengan sokongan padu seluruh jentera termasuk golongan muda, beliau yakin kemenangan boleh dicapai.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles