SAY ramuan istimewa bagi GRS Tanjung Keramat: Azrul

PUTATAN: Pergerakan Pemuda GRS optimis kempen konsisten calon GRS Tanjung Keramat, Shah Alfie Yahya (SAY) mampu memperterjemah dan menarik minat pelbagai golongan terutama belia di kawasan itu.

Pemangku Ketua Pemuda PGRS Negeri, Azrul Ibrahim berkata, formula meletakkan SAY sebagai salah satu calon termuda membabitkan 55 calon yang dikemukakan pada PRU DU Negeri Sabah dilihat bertepatan dan bersesuaian dengan aspirasi yang dibawa oleh pihak GRS itu sendiri.

Antara elemen yang diketengahkan katanya adalah termasuk muka segar dan beribawa, selain idea komprehensif untuk di angkat ke Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah nanti.

“Potensi Shah Alfie begitu jelas dan seperti yang kita tahu, di peringkat DUN Tanjung Keramat terdiri daripada lebih 50 peratus pengundi muda.

“Sudah tentu, dengan komposisi sedia ada, calon kita ketengahkan ini mempunyai tarikan menarik yang bukan sahaja di kalangan orang muda, bahkan golongan-golongan lain.

“Insyallah, daripada 73 kawasan ini, saya yakin dan percaya tenaga muda seperti beliau akan diangkat ke Sidang DUN nanti, ” katanya.

Beliau berkata demikian selepas program Speaker Corner Pemuda GRS Tanjung Keramat di Pekan Taman Jumbo, petang Jumaat.

Hadir sama adalah calon GRS Tanjung Keramat, Shah Alfie Yahya, Ketua PGRS Tanjung Keramat, Ummar Ariff Abu Bakar dan Ketua Pemuda PGRS Tanjung Keramat, Burhanuddin Yahya.

Sementara itu, Azrul pada masa yang sama turut melahirkan kepercayaan menyeluruh terhadap empat teras utama manifesto GRS yang diumumkan oleh Pengerusinya, Datuk Seri Hajiji Noor baru-baru ini mampu menarik minat golongan belia kepada gabungan parti tersebut.

“Ada banyak lagi potensi dan juga bidang yang ditawarkan melalui manifesto kita khusus kepada orang-orang muda disebut antaranya juga perlaksanaan kota khas untuk rumah mesra SMJ bermula tahun depan ada 10 unit rumah setiap kawasan dun maknanya tahun depan ada 730 unit rumah mesra SMJ yang khusus kepada orang-orang muda.

“Yang baru berkahwin tahun depan juga akan dilaksanakan rumah transit belia SMJ, yang juga memberikan manfaat kepada orang-orang muda yang baru berkahwin, yang baru bekerja pelajar-pelajar universiti yang tidak dapat kediaman pelajar-pelajar universiti yang menjalani latihan industri semua ini akan berpeluang untuk tinggal di rumah transit belia SMJ ada banyak lagi, “katanya.

Jelas beliau dengan pelbagai tawaran menarik GRS itu, pihaknya pada masa sama turut meminta belia di Tanjung Keramat melihat keibawaan Shah Alfie sebagai calon yang boleh mengangkat suara mereka ke peringkat lebih tinggi.

Tambahnya, aspirasi calon GRS itu yang turut menyantuni golongan belia tanpa meminggir peringkat umur lain akan menjelmakan hasil kepada parti kerajaan nanti.JT

Related Articles

253FansLike

Latest Articles