Sabah FC dan EWPC meterai kerjasama akses rawatan moden terapi pemain

Oleh John T

KOTA KINABALU: Sabah FC kini memiliki pelengkap kecergasan pemain dengan teremeterainya kerjasama dengan European Wellness Premier Centre (EWPC), penyediaan terapi kesihatan moden bertaraf dunia.

Sabah FC diwakili Pengurus Besar merangkap Pengarahnya, Sabah Md Joh Wid manakala EWPC diwakili Pengurus European Wellness Biomedical Group, Prof. Dato’ Seri Mike Chan.

Majlis memeterai kerjasama itu yang diadakan di Auditorium European Wellness Academy, Alam Mesra dekat sini turut dihadiri ketua jurulatih Sabah FC dan beberapa pemain Sabah FC serta para pegawai kanan kedua-dua pihak.

Berucap dimajlis itu, Mohd Joh berkata, kerjasama strategik itu adalah satu langkah yang sangat bermakna bukan sahaja kepada pasukan, malah kepada seluruh peminat bola sepak di Sabah.

“Alhamdullah, pada hari ini satu lagi sejarah tercipta dengan termeterainya perjanjian kerjasama strategik antara Sabah FC dan EWPC.

“European Wellness kini menjadi rakan strategik penting dalam memastikan pemain-pemain kita mendapat akses kepada rawatan moden yang canggih bagi menerapkan sains sukan dengan berkesan pada pasukan kita.

“Keperluan ini amat penting agar para pemain kekal berada di tahap kecergasan maksimum untuk menghadapi setiap perlawanan,” katanya.

Mohd Joh berkata, kecederaan yang seringkali dilami pemain telah menjejaskan prestasi pasukan dan proses pemulihan biasanya mengambil masa yang panjang.

Namun katanya, dengan peralatan canggih serta kepakaran yang ada di pusat ini, proses itu dapat dipendekkan, malah memberi peluang kepada pemain untuk kembali beraksi dalam keadaan yang lebih cergas dan bertenaga.

Beliau berharap kerjasama ini akan terus kukuh dan memberi manfaat besar kepada Sabah FC.

“Terima kasih yang tidak terhingga kepada Prof. Dato’ Seri Mike Chan, Dr. Natasya dan seluruh warga kerja European Wellness atas komitmen dan layanan mesra kepada pasukan kami.

“Sama-sama kita doakan agar Sabah FC berjaya melangkah ke perlawanan akhir Piala FA musim ini. “Ayuh kita semua terus memberikan sokongan padu kepada pasukan kebanggaan kita,” katanya.

Menurutnya, rawatan moden itu diharapkan mampu meningkatkan lagi prestasi pemain Sabah FC. “Kita mahukan Sabah FC untuk menjadi pasukan terbaik di Malaysia,” katanya.

Sementara itu, Mike Chan berkata, kini terdapat empat unit Wellness Hyperbaric Chamber sedia ada dan dua lagi unit baharu dalam simpanan.

Katanya, sekiranya mempunyai permintaan tinggi, sebanyak 20 unit kemudahan itu boleh diletakkan di pusat itu.

“Sabah merupakan negeri pertama di Malaysia yang mempunyai banyak kemudahan itu. “Kita juga adalah yang pertama kali membawa kemudahan itu dalam pasaran Asia,” katanya.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles