BANDAU: Aspek kebajikan dan kesejahteraan komuniti tidak dipinggirkan Calon Gabungan Rakyat Sabah (GRS) DUN Bandau, Datuk Redonah Bahanda.
Selain memastikan pembangunan kawasan Bandau diperkasa, kedua-dua aspek itu penting dan menjadi keutamaan Datuk Redonah agar masyarakat Bandau terus terbela.
Katanya, menerusi Program Ziarah Kasih ia memberi fokus kepada pendekatan menyantuni rakyat di peringkat akar umbi melalui lawatan kampung-ke-kampung bagi mendengar keperluan serta suara masyarakat secara langsung.
“Pimpinan mesti sentiasa dekat dengan rakyat. Ziarah seperti ini bukan hanya ketika kempen, tetapi adalah budaya kita untuk bersama masyarakat dalam setiap keadaan,” katanya.
Dalam ziarah ke PDM Bintasan Laut, Datuk Redonah turut menghadiri Kenduri 40 Hari Allahyarham Salomah Binti Asik, isteri kepada Ajim Awang.
Selain itu, tambahnya, Program Ziarah Kasih akan diteruskan ke beberapa kampung lain dalam tempoh kempen bagi memastikan setiap suara rakyat Bandau diberi perhatian sewajarnya.
