Calon ANAK NEGERI Dionysia gariskan 7 teras manifesto untuk pengundi Tambunan

TAMBUNAN: Calon Parti Kerjasama Anak (ANAK NEGERI) Negeri Tambunan Dionysia Ginsos menggariskan tujuh teras manifesto untuk memajukan dan merancakkan lagi agenda pembangunan di DUN itu sekiranya diberi mandat dalam Pilihan Raya Umum Negeri Sabah 29 November ini.

Beliau berkata ini selaras dengan misinya untuk membina Tambunan yang lebih maju, bersatu dan berdikari di mana setiap rakyat mempunyai suara, peluang dan kuasa membentuk masa depan sendiri.

Katanya tujuh teras itu ialah memperkasa rakyat akar umbi dalam setiap keputusan pembangunan, memodenkan sektor pertanian dan meningkatkan taraf hidup petani dan mencipta peluang pekerjaan dan keusahawanan anak muda.

Selain itu, Dionysia berkata beliau juga bertekad untuk memperkasakan pendidikan, memperhebatkan penyediaan kemudahan asas dan capaian digital, mengangkat pelancongan dan budaya Dusun sebagai sumber ekonomi baharu dan membudayakan amalan pentadbiran bersih dan integriti.

“Di bawah 7 manifesto saya untuk DUN Tambunan, saya ingin membantu semua muda mudi di sini untuk mewujudkan peluang kehidupan yang sebenar secara adil dan saksama dari segi peluang keusahawanan, pembelajaran dan kemahiran. 

“Melihat kepada kekuatan setiap individu, mereka boleh memilih sama ada ingin meneruskan dalam bidang keusahawanan (latihan dan wang permulaan akan diberikan, pengkhusuan geran mikro kepada yg layak), pendidikan (pendigitalan pembelajaran yang lebih moden & bantuan pendidikan awal) dan bidang kemahiran (pertanian moden / e-sukan & bengkel kreatif),” katanya.

Dionysia berkata demikian selepas berkempen di Kampung Napukan, dekat sini pada Khamis.

Beliau mengajak rakyat Tambunan, khususya golongan belia dan wanita supaya memberi sokongan kepada parti ANAK NEGERI dalam pilihan raya yang diadakan pada hujung minggu depan.

Dionysia optimis pengundi Tambunan akan memberi peluang kepada pemimpin muda untuk mewakili mereka di Dewan Undangan Negeri Sabah. ANAK NEGERI Dionysia gariskan 7 teras manifesto untuk pengundi Tambunan

TAMBUNAN: Calon Parti Kerjasama Anak (ANAK NEGERI) Negeri Tambunan Dionysia Ginsos menggariskan tujuh teras manifesto untuk memajukan dan merancakkan lagi agenda pembangunan di DUN itu sekiranya diberi mandat dalam Pilihan Raya Umum Negeri Sabah 29 November ini.

Beliau berkata ini selaras dengan misinya untuk membina Tambunan yang lebih maju, bersatu dan berdikari di mana setiap rakyat mempunyai suara, peluang dan kuasa membentuk masa depan sendiri.

Katanya tujuh teras itu ialah memperkasa rakyat akar umbi dalam setiap keputusan pembangunan, memodenkan sektor pertanian dan meningkatkan taraf hidup petani dan mencipta peluang pekerjaan dan keusahawanan anak muda.

Selain itu, Dionysia berkata beliau juga bertekad untuk memperkasakan pendidikan, memperhebatkan penyediaan kemudahan asas dan capaian digital, mengangkat pelancongan dan budaya Dusun sebagai sumber ekonomi baharu dan membudayakan amalan pentadbiran bersih dan integriti.

“Di bawah 7 manifesto saya untuk DUN Tambunan, saya ingin membantu semua muda mudi di sini untuk mewujudkan peluang kehidupan yang sebenar secara adil dan saksama dari segi peluang keusahawanan, pembelajaran dan kemahiran. 

“Melihat kepada kekuatan setiap individu, mereka boleh memilih sama ada ingin meneruskan dalam bidang keusahawanan (latihan dan wang permulaan akan diberikan, pengkhusuan geran mikro kepada yg layak), pendidikan (pendigitalan pembelajaran yang lebih moden & bantuan pendidikan awal) dan bidang kemahiran (pertanian moden / e-sukan & bengkel kreatif),” katanya.

Dionysia berkata demikian selepas berkempen di Kampung Napukan, dekat sini pada Khamis.

Beliau mengajak rakyat Tambunan, khususya golongan belia dan wanita supaya memberi sokongan kepada parti ANAK NEGERI dalam pilihan raya yang diadakan pada hujung minggu depan.

Dionysia optimis pengundi Tambunan akan memberi peluang kepada pemimpin muda untuk mewakili mereka di Dewan Undangan Negeri Sabah.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles