Razali komited lestarikan Darau selari kehendak rakyat

Oleh: John T.

SEPAMGGAR: Penyertaan 300 bekas ahli Parti Warisan (WARISAN) menyertai Parti Gagsan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) menunjukkan rakyat kawasan itu memberi keyakinan sepenuhnya terhaadap perjuangan Gabungan Rakyat Sabah (GRS).

Calon Gabungan Rakyat Sabah (GRS) Dewan Undangan Negeri (DUN) Darau, Datuk Mohamed Razali Razi berkata, ia bukan sekadar sokongan malah merupakan mesej yang jelas bahawa rakyat menyerdari hanya GRS yang mampu membawa arus pembangunan dan kesejahteraan ekonomi di kawasan itu.

Dengan slogan ‘Darau D’Hati’, beliau sendiri menerima borang kemasukan kumpulan berkenaan diketuai bekas Ahli Jawatankuasa Bahagian WARISAN Sepanggar, Sabar Dasad.

Beliau menyifatkan keputusan yang dibuat bekas-bekas ahli dan pemimpin WARISAN itu adalah tepat.

“Alhamdulillah, program malam ini menyaksikan saudara Sabar, mantan AJK Warisan Sepanggar, membuat keputusan bersama 300 ahli WARISAN untuk menyertai perjuangan Gagasan Rakyat dan juga GRS. Ini keputusan yang besar dan ikhlas,” katanya dalam sidang media selepas menerima borang penyertaan daripada kumpulan berkenaan.

Mohamed Razali Razi atau lebih mesra dikenali sebagai Bob memulakan kempen Pilihan Raya Umum (PRU) DUN Sabah ke-17 (PRU17 Sabah) dengan langkah kanan.

Beliau berkata, keputusan dilakukan kumpulan itu bukan sesuatu yang mudah memandangkan Sabar telah bersama WARISAN selama sembilan tahun, namun kesedaran untuk melakukan perubahan menjadi faktor utama.

“Anda dapat lihat daripada bahasa badan dan ekspresi muka, keikhlasan itu jelas. “Bukan senang tinggalkan parti yang diikuti begitu lama, namun beliau hilang keyakinan terhadap kepimpinan WARISAN Sepanggar,” katanya.

Beliau turut memberi bayangan bahawa akan ada lagi penyertaan ahli WARISAN dalam masa terdekat, namun enggan mendedahkan butiran lanjut demi menjaga strategi politik parti.

Pada majlis itu, Razali turut memberikan perkongsian mengenai hasratnya untuk pembangunan Darau yang akan dilaksanakan oleh beliau selepas dipilih pada 29
November ini dan GRS membentuk semula kerajaan negeri.

Katanya, antara usaha itu adalah menubuhkan Majlis Pembangunan dan Pengurusan Kampung serta taman perumahan.

Beliau juga mahu meningkatkan kemudahan kesihatan di Likas melalui pelaksanaan projek ‘land swap’ bagi Klinik Kesihatan Likas yang kini berhadapan kekangan ruang.

Menurutnya, klinik sedia ada semakin kecil dan tidak lagi mampu menampung jumlah pesakit yang semakin meningkat. Klinik akan dipindahkan ke tapak yang lebih besar dan lebih sesuai.

Katanya, usaha itu berada di bawah agenda kesejahteraan rakyat, dan menjadi salah satu fokus utama sekiranya diberi mandat selepas PRU17 Sabah.

Dalam pada itu, Penduduk Kg Kalansanan Laut, Pelimah Abd Rais, 62, semasa ditemui berkata, dia mahukan Darau dibangunkan dengan lebih baik khususnya di kampung itu. “Saya harap Datuk Bob mampu menjadi ADUN lepas ini dan GRS bentuk semula kerajaan negeri,” katanya.

Sementara itu, Ustaz Hanzalah@Haji Julniealam,49, berkata, Bob sudah turun padang dan giat menyantuni penduduk di kampung berkenaan.

“Saya mahu adanya kemajuan dari sudut pendidikan, peluang pekerjaan khususnya kepada golongan muda di kampung ini dan Darau secara keseluruhannya.

“Dengan adanya pendidikan dan pekerjaan, sudah pasti masalah kemiskinan dapat diatasi,” katanya.

Razali yakin GRS mampu menang pada PRU17 Sabah kali ini dan kerusi DUN Darau akan dimenanginya.

Hadir sama Naib Ketua Pemuda Gagasan Rakyat Balung, Ismail Sabran, dan Timbalan Presiden Parti Liberal Demokratik (LDP), Datuk Yong Vui Chung.

Pada PRU Sabah sebelum ini, DUN Darau dimenangi calon WARISAN Azhar Matussin, dengan hanya majoriti 562 undi.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles