SANDAKAN: Walkabout calon Gabungan Rakyat Sabah bagi Dewan Undangan (DU) Sungai Manila, Hazem Mubarak ternyata memberi impak yang positif.
Kehadiran Hazem di Pasar Batu 8 dan kedai berdekatan mendapat perhatian ramai.
Walkabout bermula 9.00 hingga 11.00 pagi, memboleh orang ramau beramah mesra dengan calon GRS Sungai Manila.
Rata-rata orang ramai menyatakan sokongan dan melahirkan keyakinan bahawa Hazem mampu menang untuk kerusi itu pada 29 November nanti.
Mohd Ali Mustapha, salah seorang yang beramah mesra dengan Hazem yakin calon itu memperolehi kemenangan.
“Saya yakin beliau (Hazem) akan menang …anda boleh lihat sendiri sambutan dan penerimaan orang ramai tadi,” katanya lagi.
