Calon SAPP bertemu dengan peniaga dan pengunjung di Pasar Elopura

SANDAKAN: Calon SAPP untuk kerusi DUN Tanjong Papat, Henley Liew Yun Ye, mengadakan sesi “walkabout” di Pasar Elopura Batu 1 1⁄2 pagi tadi, yang disambut dengan reaksi positif dan mesra oleh para peniaga serta pengunjung.

Semasa program tersebut, Henley Liew berpeluang berinteraksi secara langsung dengan orang awam. Beliau dilihat mudah didekati, meluangkan masa untuk bersalaman, serta mendengar dengan teliti akan keluhan dan keperluan penduduk setempat.

Menurut pemerhatian, antara isu yang dibangkitkan oleh orang ramai termasuklah hal berkaitan kebersihan dan pengurusan pasar serta keperluan untuk penambahbaikan infrastruktur di kawasan berkenaan.

Beliau menambah, rungutan yang diterima akan dijadikan sebagai panduan untuk merangka program pembangunan yang lebih menyeluruh sekiranya diberikan mandat pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.

Kehadiran Henley Liew turut disambut oleh para penyokong parti yang hadir, yang mengalu-alukan kedatangannya sambil menyatakan sokongan padu terhadap perjuangannya di kawasan DUN Tanjong Papat.

Sesi “walkabout” itu diakhiri dengan suasana yang positif dan diharap dapat memperkukuh hubungan calon dengan masyarakat setempat.

TAMAT

Keterangan gambar

Henley Liew bersalaman dengan pengunjung ketika program “walkabout” di Pasar Elopura pagi tadi

Related Articles

253FansLike

Latest Articles