Calon Tunggal Wanita di Tambunan tidak gentar berdepan nama besar dalam saingan tujuh penjuru

KENINGAU: Calon Parti Kerjasama Anak Negeri (ANAK NEGERI) di Tambunan Dionysia Ginsos tidak gentar menghadapi tentangan tujuh penjuru di DUN itu dalam Pilihan Raya Umum Negeri Sabah 29 November ini.

Calon tunggal wanita itu berkata beliau melihat saingan itu sebagai satu cabaran yang menarik, terutama berentap dengan nama-nama besar seperti presiden STAR Datuk Dr Jeffrey Kitingan dan Ketua PGRS Tambunan Dato’ Victor P Paut yang bertanding atas tiket GRS.

“Saya akur dengan keputusan pimpinan yang meletakkan saya di DUN Tambunan.

“Bukan mudah untuk bersaing dengan tokoh-tokoh legend tetapi saya akan cuba melakukan yang terbaik sebagai calon underdog untuk meraih sokongan rakyat,” katanya.

Dionysia ,33, berkelulusan ijazah sarjana ekonomi itu berkata demikian dalam hantaran terbaharu di media sosial sempena Hari Penamaan Calon di Dewan Masyarakat Keningau, dekat sini hari ini.

“Kita ingin melihat Tambunan muncul sebagai antara daerah yang termaju di Sabah pada masa depan dan masih banyak yang dilakukan untuk merealisasikannya, ” katanya.

Ke arah itu, Dionysia mengajak rakyat untuk memberi peluang tokoh muda yang berwawasan dan berkaliber untuk membawa Tambunan ke era kecemerlangan.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles