Warisan azam kekalkan kerusi Kunak – Shafie Apdal

KUNAK:Parti Warisan menegaskan tekad untuk mengekalkan kemenangan di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kunak pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17 akan datang.

Presiden Warisan, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, berkata tiada istilah untuk “merampas semula” kerana kerusi itu sememangnya milik Warisan sejak PRN lalu.

“Bukan kita rebut, ini sebenarnya kerusi kita dahulu pun. Tapi nilai-nilai yang ada ini kepada individu yang ada, bukan berlandaskan dengan niat yang baik.

Kena kita yakin bahawa kita mampu mempertahankan kerusi ini — berarti Warisan. Kriteria saya tekankan, yang mesti bukan setakat pengalaman, yang mesti orang dikenali bukan hanya di peringkat ini tetapi di peringkat nasional. Di samping itu juga kita perlu yang berani bersuara,” katanya.

Shafie berkata demikian ketika ditemui selepas menghadiri Majlis Inspirasi Bersama Rakyat Kunak pada Sabtu.

Dalam majlis berkenaan, lebih 2,000 ahli UMNO termasuk bekas Ketua UMNO Bahagian Lahad Datu turut mengumumkan penyertaan mereka ke dalam Parti Warisan, sekali gus memperkukuh kedudukan parti itu di kawasan berkenaan.

Shafie menegaskan bahawa semangat dan sokongan rakyat di Kunak kekal utuh, dan Warisan akan terus memperjuangkan suara serta keperluan rakyat di kawasan itu.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles