Mampukah Dr Victor P. Paut menewaskan Dr Jeffrey di kubu kuat DUN Tambunan?

KOTA KINABALU: Suatu ketika dahulu, Tambunan pernah menjadi medan serangan  dahsyat yang menyaksikan tentera British akhirnya menewaskan pejuang Sabah Mat Salleh di kubu terakhirnya di Tibabar.

Pada 29 November ini, ‘perang politik’ yang dahsyat juga dijangka berlaku antara dua tokoh tempatan hebat iaitu Ketua Bahagian Gagasan Rakyat Tambunan Dato’  Dr Victor P. Paut dan Presiden STAR Datuk Dr Jeffrey Kitingan.

Ramai pemerhati politik berpendapat saingan di DUN Tambunan yang merupakan kubu kuat Dr Jeffrey bakal menjadi tumpuan pada pilihan raya umum negeri Sabah yang akan datang

Menurut mereka jika tiada aral melintang, kedua-dua tokoh tersebut akan bertarung dalam saingan ‘Round 1’ di gelanggang sailang.

Persoalannya ialah mampukah pendatang baharu dalam arena politik Dr Victor menumbangkan tokoh politik veteran Sabah Dr Jeffrey di DUN Tambunan?

Rata-rata pemerhati dan penganalisis politik memberi jawapan sukar diramal atau masih samar-samar.

Mereka sependapat bahawa perkembangan politik mutakhir yang sedikit dicemari dengan pelbagai isu integriti mungkin mempengaruhi pola sokongan rakyat kepada calon-calon yang bertanding.

Selain GRS dan STAR, KDM dan Warisan dijangka meletakkan calon di Tambunan.

Dr Jeffrey dilihat mempertaruhkan pengalaman dan pengaruh akar umbi yang telah lama bertapak di Tambunan.

Dr Victor P. Paut pula cenderung menampilkan pendekatan segar, berpaksikan pembangunan, digitalisasi dan peluang ekonomi untuk generasi baharu Tambunan.

Beliau juga dilihat sebagai wajah gelombang pembaharuan, membawa mesej penyatuan belia dan kesinambungan pembangunan di bawah panji GRS.

Sabtu lepas, Dr Victor menzahirkan tekadnya untuk membawa impian rakyat mentransformasi DaerahTambunan ke arah kecemerlangan.

“Sejak dari awal saya bertekad untuk menjadi pemimpin Tambunan. Saya tidak teragak-agak kerana saya yakin rakyat Tambunan memiliki semangat perjuangan yang luar biasa serta potensi besar untuk membawa daerah ini ke tahap yang lebih baik daripada sebelumnya,” Dr Victor dipetik sebagai berkata.

Dalam pilihan raya umum negeri Sabah 2020, Dr Jeffrey mempertahan kerusi DUN Tambunan dengan majoriti 6,792 undi.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles