Kenyataan Media Datuk Nizam Abu Bakar Titingan, Ketua Penerangan Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat)
KOTA KINABALU: DUN Sabah sudah dibubar dan Jentera Pilihanraya GRS bagi menghadapi Pilihanraya Umum Sabah ke 17 telah dilancarkan, maka perjuangan kita kini bermula semula. Inilah masa untuk kita turun padang dengan semangat
#RumahKitaKitaJaga kerana Sabah ini rumah kita, dan tanggungjawab kita bersama untuk menjaganya.
Kita bawa mesej #KitaJagaSabah, dengan tekad memastikan negeri ini terus stabil, maju dan bersatu di bawah panji Gabungan Rakyat Sabah (GRS).
Empat teras perjuangan, #SabahFirst, #SabahForward, #SabahProsper dan #SabahUnited, mesti kita hidupkan dalam setiap langkah, dari rumah ke rumah, dari hati ke hati rakyat.
Dan jangan lupa, semangat baharu kita ialah #SabahTanahAirku
Ini bukan sekadar slogan, tapi tanda cinta dan kesetiaan kita kepada bumi Sabah.
Ayuh sahabat semua, kita gerakkan jentera dengan semangat yang sama seperti dulu.
Kita jaga rumah kita. Kita jaga Sabah.
Mari kita gunakan tagline #RumahKitaKitaJaga #KitaJagaSabah #SabahTanahAirku #GRS di setiap post media sosial kita.
