PERPADUAN sambut baik keputusan Mahkamah Tinggi berhubung hak 40 peratus Sabah

 

KOTA BELUD: Parti Pertubuhan Perpaduan Rakyat Kebangsaan Sabah (PERPADUAN) menyambut baik keputusan Mahkamah Tinggi yang membenarkan permohonan semakan kehakiman oleh Sabah Law Society (SLS) berhubung hak Sabah terhadap geran khas 40 peratus daripada kerajaan Persekutuan. 

Presiden PERPADUAN Gundohing Jack Giau berkata  keputusan itu menunjukkan dengan jelas bahawa Kerajaan Pusat mengabaikan tanggungjawabnya sebagai sebuah kerajaan pusat yang sepatutnya adil dan saksama, seperti yang termaktub dalam perjanjian Malaysia 1963.

Katanya ia sekali gus mengesahkan hak Sabah seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan, khususnya di bawah Perkara 112C dan 112D. 

“Kami sangat bangga dengan barisan peguan SLA atas kejayaan ini, dan berharap kerajaan persekutuan menghormati keputusan Mahkamah Tinggi itu,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Jack turut merayu kerajaan persekutuan agar tidak mencabar keputusan tersebut kerana percaya para peguam SLA telah membuat penyelidikan secara mendalam sejarah di sebalik perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

Katanya keputusan itu juga menunjukkan bahawa kedaulatan undang-undang Malaysia masih kukuh dan ia mencerminkan komitmen yang berterusan terhadap prinsip yang terkandung dalam MA63.

Jack berkata PERPADUAN menyifatkan keputusan penghakiman itu sebagai peristiwa yang sangat penting dalam sejarah perjuangan Sabah menuntut hak perlembagaannya.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles