Penyerahan Bahan Binaan Kepada Penduduk — Bukti Keprihatinan Terhadap Kesejahteraan Komuniti

SANDAKAN: Sebagai tanda keprihatinan terhadap keperluan penduduk setempat, Mantan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) N.56 Tanjong Papat merangkap Pengerusi Sabah Development Berhad, Datuk Poon Ming Fung @ Frankie, bersama Pengerusi Jetama Water Sdn Bhd, Puan Liau Fui Fui, telah melaksanakan penyerahan bahan binaan kepada Puan Norasikin yang menetap di Kampung Sim Sim.

Bantuan tersebut meliputi zink kampung beruti, bagi membolehkan kerja-kerja baik pulih dijalankan ke atas bahagian rumah yang mengalami kebocoran zink dan kerosakan pada beruti serta papan lantai yang telah uzur.

Frankie dan Puan Liau menyatakan bahawa bantuan seperti ini adalah sebahagian daripada usaha berterusan mereka untuk memastikan kebajikan dan keselamatan penduduk sentiasa terpelihara. Sokongan terhadap keperluan asas kediaman amat penting, khususnya bagi keluarga yang menetap di kawasan jambatan dan kampung air.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles