Bantuan Rumah Mesra SMJ kepada belia susah, berumah tangga bukti keprihatinan kerajaan – Victor

Oleh: John T.

TAMBUNAN: Langkah kerajaan menyediakan 10 buah unit Rumah Mesra Sabah Maju Jaya (SMJ) kepada golongan belia yang susah dan sudah berumah tangga wajar dilihat sebagai bukti keprihatinan kerajaan terhadap kebajikan golongan berkenaan.

Ketua Bahagian Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) Tambunan, Dato Dr Victor Peter Paut berkata, ia juga mencerminkan kesungguhan kerajaan dalam memastikan golongan belia tidak dipandang sepi seiring dengan usaha kerajaan negeri untuk membela nasib rakyat dan memacu pembangunan di negeri ini.

“Saya menyambut baik pengumumann Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor untuk menambah 10 unit Rumah Mesra SMJ di setiap kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah kepada golongan belia yang susah dan baru mendirikan rumah tangga mulai tahun depan.

Tambahan itu menjadikan sebanyak 50 unit Rumah Mesra SMJ akan dibina di setiap kawasan DUN Sabah mulai tahun depan berbanding sebanyak 40 unit pada tahun ini.

Victor berkata, penyediaan Rumah Mesra SMJ kepada golongan muda yang susah dan berumah rangga sudah pasti membolehkan golongan itu memiliki kediaman selesa.

Perkara itu dimumkan Hajiji ketika merasmikan Majlis Pecah Tanah Projek Perumahan dan Kedai Lembaga Pembangunan Perumahan dan Bandar Sabah (LPPB) Kampung Takadi sini pada Sabtu.

“Tambahan sebanyak 10 unit itu adalah untuk orang muda yang susah dan baru berkahwin kerana faham ada anak muda yang baru berkahwin masih tinggal di rumah keluarga,” kata Hajiji.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles