KUDOS kepada UMNO Sabah berani bangkit pertahankan hak rakyat ke atas imigresen tak kala kuasa eksekutif dicabar di mahkamah

KOTA KINABALU: Meskipun berdepan pelbagai tohmahan, UMNO Sabah berdiri teguh mempertahankan hak negeri Sabah khususnya yang berkaitan kuasa eksekutif negeri dalam soal imigresen.

Yang terbaharu UMNO Sabah merupakan parti politik pertama yang berani dan bangkit mempertahankan hak Sabah ke atas   imigresen.

Ini terbukti apabila ahli perniagaan Albert Tei cuba menggunakan saluran undang-undang terhadap Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Mohd Noor bagi menuntut penjelasan berhubung larangan ke atasnya untuk masuk ke negeri Sabah.

Susulan itu, UMNO Sabah menyifafkan tindakan ahli perniagaan Albert Tei mencabar kuasa eksekutif negeri Sabah dalam soal imigresen sebagai tidak wajar dan melanggar semangat Perjanjian Malaysia 1963 (MA63). 

“Autonomi imigresen Sabah merupakan hak negeri yang mesti dipertahankan, bukan dicabar di mahkamah.

“Undang-undang tetap undang-undang. Kuasa imigresen ini adalah prerogatif kerajaan negeri,” kata Ketua Sekretariat War Room UMNO Sabah, Abdul Aziz Julkarnain.

Ramai pemerhati politik tempatan melihat pendirian UMNO Sabah tegas, positif dan menyakinkan, sekali gus mencerminkan kesungguhan UMNO Sabah membela nasib dan mempertahankan hak rakyat Sabah.

Sebelum ini, bekas Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak dipetik sebagai berkata bahawa perjuangan hak Sabah bukanlah milik eksklusif mana-mana parti tempatan.

Sebaliknya, ADUN Usukan itu menegaskan bahawa ia tanggungjawab bersama seluruh rakyat Sabah yang mahu melihat masa depan negeri ini terbela.

Salleh yang juga Bendahari UMNO Sabah berkata, anggapan seolah-olah hanya parti tempatan yang layak bercakap soal hak Sabah sering kali timbul.

“Sebenarnya, perjuangan ini adalah milik semua rakyat Sabah dan bukan hak mutlak mana-mana parti.

“Tidak kira parti tempatan atau nasional, kedua-duanya hanyalah wadah, yang penting keikhlasan dan kemampuan pemimpin membawa suara Sabah ke peringkat yang lebih tinggi,”  katanya.

.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles