Bantuan sama rata RM100 buat rakyat senang hati – Salleh

KOTA KINABALU:  Rakyat wajar bersyukur atas pemberian bantuan RM100 yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini.

Bekas Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak berkata bantuan RM100 itu diberikan secara sama rata dan tidak ada syarat politik,  hanya memerlukan dokumen pengenalan diri (IC).

“Rakyat bersyukur kerana cara ini mudah dan jelas. Selain RM100, sebenarnya ada juga bantuan lain yang turut meringankan beban hidup,” katanya dalam catatan terbaharu di Facebook.

Salleh yang juga Adun Usukan berkata pendekatan Perdana Menteri itu menunjukkan keadilan dan kesaksamaan.

“Bila kerajaan berpihak kepada rakyat, mereka rasa dekat, dihargai dan lebih yakin dengan masa depan,” katanya.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles