YPNM Sambut Baik Subsidi RON95 Untuk Semua Rakyat Malaysia

KOTA KINABALU: Yayasan Pengguna Negara Malaysia (YPNM) Cawangan Sabah menyambut baik keputusan Kerajaan Persekutuan untuk menyalurkan subsidi petrol RON95 kepada semua rakyat Malaysia.

Pengerusi YPNM, David Chan memuji langkah berani Perdana Menteri, Dato’ Sri Anwar Ibrahim, sambil menyifatkan keputusan ini sebagai “tindakan berani yang diambil ketika dunia berdepan cabaran ekonomi global, khususnya kesan tarif import dari Amerika Syarikat serta peningkatan kos sara hidup.”

Di bawah skim subsidi yang baharu ini, harga pam RON95 kini dihadkan pada RM1.99 seliter, yang diyakini YPNM mampu meringankan beban kewangan rakyat serta merangsang pertumbuhan dalam pelbagai sektor industri.

“Kos bahan api adalah komponen utama yang mempengaruhi logistik, pembuatan, dan pertanian. Penurunan harga ini bukan sahaja membantu rakyat, malah akan menstabilkan harga rantaian bekalan,” kata Chan.

YPNM menegaskan bahawa walaupun harga minyak dunia bergantung kepada turun naik pasaran, campur tangan kerajaan ini dapat melindungi kuasa beli rakyat dan meningkatkan keyakinan perniagaan.

“Kami percaya langkah ini akan memberi kesan berganda kepada ekonomi negara, meningkatkan produktiviti dan membantu industri terus berdaya saing walaupun berdepan tekanan ekonomi global,” tambah Chan.

YPNM turut menggesa pengguna dan pihak industri agar menggunakan peluang ini dengan bijak bagi bersama-sama membina ekonomi negara yang lebih mampan.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles