BN Seru Perpaduan di Kawang: Parti Lebih Utama daripada Individu

KOTA KINABALU: Dalam program Radu Tatap Radu (RTR) di Kawang, Pengarah Pilihan Raya BN Sabah, Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak, menegaskan kepentingan perpaduan di kawasan majoriti Islam ini.

Beliau mengingatkan bahawa kekuatan politik tidak terletak pada individu, sebaliknya pada parti yang menyatukan rakyat.

“Kawang mesti terus menunjukkan bahawa perpaduan hanya tercapai apabila kita berhimpun di bawah sebuah parti yang kukuh. Individu boleh bertukar ganti, tetapi parti kekal menjadi wadah perjuangan bersama,” katanya.

Salleh turut menekankan bahawa perpecahan hanya melemahkan masyarakat, manakala kesetiaan kepada parti akan menjamin kestabilan dan kemajuan. Beliau juga mengajak golongan muda memahami bahawa masa depan mereka lebih terjamin melalui wadah politik yang stabil dan bersatu.

“RTR ini bukan sekadar pertemuan, tetapi ikrar – bahawa Kawang berdiri teguh bersama kita dalam perjuangan ini,” tambahnya.

Turut hadir, Datuk Jamal Nerubi, Ketua UMNO Bahagian papar, YB Datuk Tamin Zainal, Adun Pantai Manis serta pimpinan umno negeri.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles