Jeffery Nor selar kenyatan Hiew pertikai keberadaan BN di Sabah, lupa Dr Jeffrey Kitingan pernah berada dalam BN dulu

KOTA KINABALU: Pengarah Jabatan Pilihan Raya UMNO Sabah Jeffery Nor Mohamad
menyelar tindakan ketua bahagian STAR Tanjung Aru Hiew Choon Yew yang mempersoal dan mempertikai keberadaan dan hak demokrasi Barisan Nasional (BN) mengambil bahagian dalam pilihan raya negeri (PRN) ke-17.

Beliau berkata Hiew wajar menyelami sejarah politik bahawa Presiden STAR Datuk Seri Dr Jeffrey Kitingan sendiri pernah berada dalam BN dahulu serta pernah memohon dan diterima sebagai ahli UMNO meskipun dalam tempoh yang singkat.

Jeffery berkata jika Hiew benar-benar berpegang kepada kenyataannya bahawa kerajaan Sabah wajar ditentukan oleh parti politik tempatan sahaja, ‘kenapa tidak minta Pakatan Harapan (PH) keluar daripada kerajaan negeri sekarang?.

“Beliau (Hiew) harus jujur kepada rakyat Sabah bukan main wayang politik, seolah-olah orang Sabah mudah diperdaya – tangan kanan tolak BN dan tangan kiri alu-alukan PH,” katanya.

Jeffery berkata kenyataan ketua STAR Tanjung Aru itu tidak adil kerana tidak nyatakan sekali pendirian itu kepada PH, dan hanya ditujukan kepada BN atau Perikatan Nasional (PN).

“Jika menyatakan bahawa hubungan dalam BN itu goyah, Hiew kena sedar hubungan parti-parti dalam BN ini sudah sedia ada sebelum adanya parti STAR lagi… jadi tidak perlu masuk campur untuk urusan dalam BN,” katanya.

Dalam hal ini, Jeffery yang juga Ketua UMNO Putatan mencadangkan STAR Tanjung Aru masuk bertanding di DUN Tanjung Aru bagi membuktikan kenyataannya benar.

“Jadi sebelum masuk urusan parti orang lain, fikirlah dulu untuk selesaikan urusan dalam gabungan GRS itu sendiri, sebab kami tidak pernah masuk campur urusan kamu dalsm gabungan GRS.

“Untuk mengetahui bahawa sesebuah parti itu mempunyai tahap keyakinan tinggi bahawa rakyat Sabah akan menerima mereka sudah tentu tarikh pembubaran DUN sudah diketahui dan tidaklah menunggu sehingga saat-saat akhir penggal yang akan menimbulkan presepsi bahawa tiada keputusan lagi adakah boleh masuk pilihanraya atau tidak,” katanya.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles