Josely Taising KDM turun padang beramah mesra dengan penduduk Kg Nahaba, Tinata Kadamaian

KOTA BELUD: Bakal calon KDM Kadamaian Josely Taising menggunakan kesempatan hujung minggu di kawasan DUN Kadamaian dengan melakukan aktiviti ramah mesra dengan penduduk kampung sekitar kawasan Nahaba dan Tinata.

Pada sebelah pagi Sabtu lepas, Josely meluangkan mass hadir memberi sokongan kepada para Wira Kawasan Nahaba yang berentap dalam pertandingan badminton di Dewan SIB kawasan itu.

Acara itu merupakan acara pertama dalam Karnival Sukan Wira SIB Kawasan Nahaba yang dijangka berakhir hujung bulan ini.

Pada sebelah petang hari yang sama, Josely pula menerima undangan pemimpin masyarakat Kg Tinata yang merayakan Ulang Tahun kelahirannya. 

Sempena majlis itu, Josely menzahirkan ucapan selamat hari jadi kepada Gundohing Peter Ojoe, sambil berkata “Moga Tuhan memberkati gundohing sekeluarga”.

Josely berkata program turun padang itu akan diteruskan di kampung-kampung lain di kawasan DUN Kadamaian dari masa ke semasa.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles