KIULU: The Kiulu 5M Bombon Tagal River Festival akan kembali diadakan di Pusat Kokum Kem Malangang pada 27 Jun ini, dengan pelbagai pengisian menarik sempena penganjuran festival berasaskan eko-pelancongan itu.
Mengikut aturcara yang dihebahkan di media sosial, beberapa aktiviti menarik bakal diadakan sempena festival tersebut, termasuk Pertandingan “5M”.
Acara 5M itu ialah Minrulun @ Tubing – Uji kecekapan dan keseronokan menyusuri sungai!, Manampatau – Pertandingan berakit gaya tradisional Kiulu dan Mamarampanau – Jalan atas buluh: seimbang dan fokus.
Turut dipertandingkan ialah Magapon – Tangkap ikan tradisional: kepakaran warisan kita dan Minrambot – Acara istimewa mencabar kreativiti dan kerja berpasukan menangkap ikan.
Festival sehari itu dianjurkan bersama oleh Kelab Rukun Tetangga MANTAP Kiulu, JKKK & JK Bombon Kg. Malangang Baru, Malangang Lama, Namadan, Tombung, Tompinahaton, Ponohuon, SK Malangang Baru dan Pusat Kokum Kem Malangang.
ADUN Kiulu yang juga Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan, dan Alam Sekitar Negeri Sabah Datuk Joniston Bangkuai dan anggota Parlimen Tuaran Datuk Seri Wilfred Madius Tangau dijangka menyempurnakan bersama acara perasmian festival itu.
Orang ramai yang berminat untuk mengikuti pertandingan “5M” boleh menghubungi En. Arifin Gadait (Pengerusi KRT MANTAP Kiulu) – 019-8634585, En. Josue Gonsur (Bendahari) – 014-6527876 dan Jearlmin J (Pendaftaran) – 012-7900213.