DUN Kundasang bakal jadi gelanggang pertembungan ‘Round One’ antara Dr Joachim GRS-Datuk Jeffry Mohd Ali KDM

KOTA KINABALU: Kawasan DUN Kundasang yang terletak di kaki Gunung Kinabalu, gunung tertinggi di Asia Tenggara, merupakan pusat pelancongan terkenal samada pelancong dari dalam dan luar negara.

Disebut sahaja Taman Negara Gunung Kinabalu, pelancong secara spontan teringat pemandangan panorama dan cuaca sejuk di Kundasang.

Apa yang menarik ialah dalam beberapa bulan akan datang, terutama menjelang pilihan raya negeri ke-17 (PRN17), DUN Kundasang dijangka bertambah popular dan menjadi tumpuan ramai rakyat Sabah kerana dikatakan berlaku ‘pertembungan hebat Round One’ antara dua tokoh yang beradu nasib merebut kerusi DUN Kundasang.

Pemangku Presiden PBS, Datuk Seri DrJoachim Gunsalam yang dikatakan menyarung jersi GRS untuk mempertahankan kerusi itu, diwar-warkan bakal dicabar pendatang baharu arena politik dari Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM).

Siapakah tokoh yang disebut-sebut sebagai calon KDM ? Beliau ialah Datuk Jeffry Mohd Ali.

Semasa melancarkan Jentera PRN17 DUN Limbahau, di Dewan Kampung Biau, Papar pada 14 Oktober tahun lepas, presiden KDM ketika itu Datuk Peter Anthony menyatakan telah mengenal pasti calon untuk bertanding di DUN Kundasang.

“Calon kita ini seorang bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) sebuah bank jadi saya ingat tidak ada masalah untuk beliau bertanding di Kundasang,” Peter dipetik sebagai berkata pada majlis itu.

Peter juga optimis KDM boleh melakukan kejutan atau menawan kerusi DUN Kundasang, serupa dengan kejayaan luar dugaan menumbangkan presiden PBS dalam pilihan raya umum yang lalu bagi kawasan Parlimen Kota Marudu.

Berdasarkan laporan media, jika kerjasama GRS dan PH menjadi realiti, terdapat kemungkinan BN dan Warisan serta parti-parti kecil lain atau bebas akan bertanding di DUN Kundasang.

Pada PRN 2020, DrJoachim menang kerusi DUN Kundasang dengan majoriti
1,422 undi.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles