TAWAU : Penambahan kemudahan Perkhidmatan Ambulan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) serta sebuah mesin
X-ray di Klinik Kesihatan Merotai Besar dijangka memberikan mampu manfaat kepada kira-kira 14,650 populasi di kawasan sekiranya.
Presiden Parti Harapan Rakyat Sabah (Harapan Rakyat), Tan Sri Liew Yun Fah berkata, masalah ini sudah mendapat perhatian Ketua Setiausaha Kesihatan Malaysia, bagi memastikan kemudahan ini dapat direalisasikan dalam tempoh terdekat.
Katanya, penambahan kemudahan sedia ada ini diharap dapat membantu penduduk Merotai serta kawasan sekitarnya untuk mendapatkan rawatan serta perkhidmatan kesihatan yang selesa sekali gus berhampiran kawasan kediaman mereka.
“Kita mendapat maklumat lebih 200 pesakit menerima rawatan setiap hari sehingga ada beberapa ketika kawasan Klinik Kesihatan Merotai Besar ini sesak akibat kehadiran pesakit.
“Jarak kawasan Hospital Besar Tawau agak jauh….Jadi penambahan kemudahan Perkhidmatan Ambulan sangat diperlukan agar pihak Klinik Kesihata dapat menghantar pesakit untuk menerima rawatan susulan,” katanya ketika mengadakan lawatan di Klinik Kesihatan Merotai Besar di sini hari ini.
Liew berkata, perkhidmatan X-ray ini nanti akan memberikan rawatan saringan untuk kumpulan berisiko tinggi seperti warga emas serta mereka yang memerlukan bantuan.
“Kita yakin Kementerian
Kesihatan (KKM) dibawah Menterinya Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad dari semasa ke semasa akan memperbaiki pemberian insentif yang berkait rapat dengan perkhidmatan kesihatan kepada masyarakat di kawasan berhampiran.
“Sebagai makluman kita telah memperoleh peruntukan untuk penambahan kemudahan tersebut. Terima kasih kita ucapkan atas keperihatian mereka bagi menyelesaikan masalah rakyat di Dewan Undangan Negeri (DUN) Merotai,” jelas Liew.
