PAPAR: Polis trafik Daerah Papar menahan seorang lelaki penunggang motorsikal yang dipercayai menggunakan nombor plat motosikal yang meragukan
baru-baru ini.
Menurut catatan terbaharu Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Papar di Facebook, lelaki yang berumur 17 tahun itu ditahan semasa operasi motosikal di Jalan Papar Spur.
Lelaki berkenaan kemudiannya dibawa ke Ibu Pejabat Polis Papar oleh pasukan penguatkuasa Trafik (BSPT) Papar untuk siasatan lanjut.
Berdasarkan hasil siasatan, lelaki itu berdepan dua pertuduhan di Mahkanah Papar iaitu memandu kenderaan tanpa lesen memandu dan mempamerkan nombor pendaftaran palsu.