Lebih 4,000 masyarakat pelbagai kaum hadir Rumah Terbuka UMNO Putatan

PUTATAN : Lebih 4,000 masyarakat pelbagai kaum menghadiri Majlis Rumah Rumah Terbuka Aidilfitri Rumah Terbuka Ketua UMNO Bahagian Putatan, Jeffrey Nor Mohamed di Dewan Terbuka Fasa Dua Kampung Meruntum Putatan di sini hari ini.

Majlis bermula pada jam 10 pagi hingga 3 petang itu dihadiri pelbagai kaum merupakan acara tahunan UMNO Bahagian Putatan bagi meraikan Hari Raya bersama masyarakat di daerah ini.

Jeffrey Nor berkata, majlis itu bertujuan untuk mengukuhkan lagi semangat ukhuwah serta kasih sayang sesama Masyarakat pelbagai kaum di negeri ini.

“Saya bersama keluarga sangat gembira dengan kehadiran pengunjung yang datang dari Kota Kinabalu, Sandakan, Lahad Datu Tawau serta kawasan berhampiran untuk memeriahkan majlis ini,” katanya di sini hari ini.

Jeffrey Nor merupakan Pengarah Jabatan Pilihan Raya UMNO Sabah berkata, beliau turut menzahirkan rasa gembira melihat kehadiran ribuan pengunjung dan dapat melayani semua tetamu yang hadir.

“Apa yang unik rumah terbuka kami ini ialah kehadiran pelbagai rakan taulan daripada pelbagai faham politik untuk bersama-sama meraikan sambutan hari raya,” katanya.

Hadir sama Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin bersama rombongan UMNO negeri Sabah.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles