Sumbangan Hamper Raya KTC Sempena Hari Raya Aidilfitri

KOTA KINABALU – Kim Teck Cheong Consolidated Berhad (KTC), diketuai oleh Pengarah Eksekutif, Datuk Dexter Lau, menyampaikan sumbangan hamper Raya kepada Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Kinabalu dan PERKEP Ibu Pejabat Polis Kontijen (IPK), diterima oleh Pengerusi PERKEP IPK Sabah, Datin Nurhayati Farhana Abdullah, dan Pengerusi PERKEP IPD KK, Suziana Mohd Zain.

Program penyerahan sumbangan ini bertujuan untuk merai dan menghargai usaha serta sumbangan anggota-anggota pertubuhan yang terlibat, menjelang perayaan Hari Raya Aidilfitri.

Majlis penyerahan telah diadakan di Rumah PERKEP Kontinjen dan di perkarangan IPD Kota Kinabalu, pagi tadi.

Sumbangan ini menggambarkan komitmen KTC dalam menyumbang kembali kepada masyarakat dan menjaga hubungan baik dengan pelbagai pihak dalam komuniti.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles