Kesedaran rakyat terhadap kepentingan pensijilan halal, kebersihan produk semakin meningkat – Salleh

KOTA BELUD: Kesedaran rakyat, terutama usahawan dan pihak industri terhadap kepentingan persijilan halal dan kebersihan produk sebagai nilai tambah perniagaan kini semakin meningkat.

Advertisements

Bekas Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak berkata ini kerana pensijilan halal bukan sahaja memenuhi keperluan syariah tetapi juga berfungsi sebagai simbol jaminan kualiti, keselamatan dan kebersihan.

Katanya dengan adanya persijilan halal, ia membolekan peniaga mempromosi dan menjual produk makanan tanpa was-was.

“Kepercayaqn pengguna adalah aset terbesar dalam perniagaan. Apabila perniagaan kita memegang teguh prinsip halal, kita bukan sahaja mendapat kepercayaan komuniti Islam, tetapi juga keyakinan daripada pelbagai lapisan masyarakat yang mengutamakan aspek kebersihan, kesihatan, dan integriti produk,,” katanya.

Salleh yang juga ADUN Usukan berkata demikian ketika berucap merasmikan Program Keusahawanan Kearah Pensijilan Halal di HS homestay Kg Pirasan, dekat ini hari ini.

Turut hadir pengerusi penganjur Datuk Hamzah Sundang.

Program keusahawanan yang dihadiri 200 peserta itu dianjurkan oleh Biro Ekonomi USBO Koperasi Bumis Sabah Berhad Persatuan Ushawan Penjaja dan Peniaga Kecil Kota Belud.

Salleh berkata program itu, antara lain, bertujuan membina rangkaian usahawan halal negeri Sabah, khususnya Zon Kota Belud.

Katanya ia juga bermatlamat untuk menjalinkan kerjasama antara usahawan dan agensi kerjaan bagi membangunkan industri halal.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles