Presiden KDM santuni rakyat Tenom sempena Karnival Tahun Baru Cina 2015

TENOM: Presiden Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM) Datuk Peter Anthony meluangkan masa menghadiri Karnival Tahun Baru Cina 2025 di Maleh Square, dekat sini pada Khamis.

Karnival itu disambut begitu meriah dengan kehadiran orang ramai dari pelbagai lapisan masyarakat untuk bersama-sama memeriahkan sambutan tersebut.

Dalam hantaran terbaharu di Facebook, Peter berkata kebersamaan dan toleransi yang lahir dari hati yang ikhlas membolehkan rakyat hidup aman damai sepanjang masa.

“Semoga tahun baru ini memberikan kita sinar harapan yang akhirnya akan menerangi kehidupan rakyat yang lebih sejahtera,” katanya.

Tahun Baharu Cina yang disambut tahun ini merupakan tahun Ular dalam kalendar zodiak Cina yang dipercayai membawa kegembiraan, tenaga positif dan kemakmuran berlipat ganda.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles