PERPADUAN sasar 50 kerusi DUN dalam PRN

PENAMPANG: Pertubuhan Perpaduan Rakyat Kebangsaan Sabah (PERPADUAN), buat pertama kalinya sejak ditubuhkan lebih sedekad yang lalu, meletakkan sasaran untuk bertanding 50 kerusi DUN pada Pilihan Raya Negeri (PRN) yang akan datang.

Advertisements

Presidennya Jack J. Giau berkata kerusi DUN yang bakal ditandingi itu merangkumi kawasan KDM, Bumiputera Islsm dan kawasan yang mempunyai ramai pengundi Cina.

“Kita telahpun mengenalpasti calon dan kawasan DUN yang akan ditandingi namun parti PERPADUAN tidak akan meletakkan calon di kawasan yang tiada peluang untuk menang.

“Kepimpinan PERPADUAN juga tidak akan menurunkan pemimpin kitar semula dan mempunyai sejarah salah guna kuasa,” katanya.

Jack berkata demikian kepada pemberita pada sidang media di The G Building Bundusan, dekat sini hari ini.

Beliau berkata PERPADUAN tidak menyertai pilihan raya yang lepas disebabkan terlalu banyak parti berdaftar yang menyertai pilihan raya tersebut.

“Beberapa penggal PRU yang lalu, parti ini telah menyokong beberapa calon dari pihak kerajaan.

“Presiden PERPADUAN beranggapan bahawa kerajaan Sabah pada ketika itu ambil stabil dan sebab itu, tidak meletakkan calon pada pilihan raya yang lalu,” katanya.

Menurut Jack, terdapat beberapa faktor yang mendorong parti itu menyertai PRN kali ini, antaranya, ialah kerajaan yang ada pada hari ini bukan pilihan rakyat tetapi hasi daripada Surat Akuan (SD).

Katanya PERPADUAN bertekad untuk membanteras amalan rasuah serta menghapuskan kronisma, nepotisma selain berjuang mengekalkan sistem rakan setara yang dipersetujui dan termaktub dalam perjanjian Malaysia 1963.

Jack berkata jika diberi mandat, parti itu berhasrat menukar gelaran jawatan Ketua Menteri Sabah kepaaa Premier dan Pembantu Menteri kepada Timbalan Menteri.

Beliau menegaskan bahawa PERPADUAN tidak akan menggunakan naratif ‘tolak parti Malaya’ untuk meraih sokongan rakyat, sambil berkata Sabah yang berada dalam Persekutuan seharusnya mempunyai hubungan yang baik dengan kerajaan Persekutuan.

“Tetapi di peringkat negeri, kerajaan Sabah seeloknya diurus dan ditadbir oleh orang kita sendiri,” katanya.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles