Sabah Electricity anjur Rumah Terbuka Krismas dan Tahun Baharu Cina di Tuaran

KOTA KINABALU- Sabah Electricity akan menganjurkan Program Bersama Komuniti, Rumah Terbuka Hari Krismas 2024 dan Sambutan Tahun Baharu Cina 2025 di Dewan Seri Sulaman, Tuaran pada 26 Januari, 2025 bermula pada jam 10.00 pagi sehingga jam 2.00 petang.

Advertisements

Rumah terbuka ini menjadi platfom untuk menyemai dan memupuk keharmonian dalam kalangan rakyat yang berbilang bangsa selain memberikan peluang kepada masyarakat di Daearah Tuaran untuk mendapatkan maklumat terkini berkaitan perkhidmatan Sabah Electricity.

Majlis tersebut akan dihadiri oleh Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Peralihan Tenaga dan Trasnformasi Air, Dato’ Sri Haji Fadillah bin Haji Yusof dan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor.

Sabah Electricity mensasarkan kehadiran lebih 2,000 orang dan pelbagai acara menarik telah dirancang, antaranya adalah cabutan tiket bertuah, persembahan Tarian Singa dan persembahan pentas.

Orang ramai adalah dijemput untuk hadir ke rumah terbuka itu.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles