KUALA LUMPUR: Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick mewakili Kerajaan Malaysia ke Majlis Resepsi Sambutan Hari Kebangsaan Bahrain anjuran kedutaan negara itu di sini, semalam.
Ketibaan beliau disambut oleh TYT Dr. Waleed Khalifa Almanea selaku Duta Besar Bahrain ke Malaysia.
Majlis sambutan itu adalah simbolik kepada hubungan erat diplomatik kedua-dua negara.
Pada majlis itu Ewon menyampaikan ucapan selamat kepada Raja Bahrain serta warganya. Semoga jalinan kerjasama kedua-dua negara akan terus diperkasa terutama dalam sektor keusahawanan dan koperasi.