KOTA KINABALU: Penubuhan Suruhanjaya Perkhidmatan Air Sabah perlu disegerakan kerana penubuhan Majlis Sumber Air Sabah tidak menunjukkan apa-apa perkembangan signifikan, sebaliknya ia lebih cenderung kepada tujuan politik semata-mata.
Pengarah Jabatan Pilihan Raya UMNO Sabah Jeffery Nor Mohamed berkata
peranan utama yang dimainkan oleh suruhanjaya itu, termasuk mengawasi perkhidmatan air di negeri Sabah secara tidak langsung, sekali gus mengubah imej perkhidmatan air di negeri ini.
“Pindaan terhadap enakmen air Sabah mesti dibuat segera di Dewan Undangan Negeri supaya penubuhan suruhanjaya itu dapat dilaksanakan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Bagi menangani isu air, Jeffery berkata Jabatan Air Negeri Sabah (JANS) memerlukan berbillion ringgit bagi mengganti dan menaiktaraf sistem bekalan air seperti rangkaian paip lama dan menaik taraf loji rawatan air yang bermasalah
JANS merupakan satu-satunya utiliti air di Malaysia yang masih berstatus jabatan negeri dan menguruskan bekalan airnya sendiri tanpa bantuan secara langsung dari mana-mana pihak, katanya.
Menurutnya pengurusan kewangan bagi perbelanjaan memperbaiki sumber air terawat mesti sudah di tahap ‘mampu’ “jika tidak kita tidak lagi statik dengan keadaan sekarang kerana masalah ini ditahap yang tidak boleh diterima oleh rakyat Sabah.
“Kita berharap melalui suruhanjaya air yang bakal diwujudkan nanti, dapatlah satu badan memikirkan bagaimana bantuan secara langsung dapat diperolehi dari kerajaan pusat atau cara lain secara berperingkat dgn menyelesaikan masalah mengikut keperluan utama dan ke bawah kerana untuk menampung kos perbelanjaan yang tinggi bagi meningkatkan sistem bekalan air di Sabah sudahmemerlukan kita berfikir di luar kotak,” katanya.