KOTA KINABALU: Anggota Dewan Undangan Negeri Dilantik Datuk Suhaimi Nasir hari ini membangkitkan isu kegagalan kerajaan GRS memanfaatkan sepenuhnya peruntukkan yang telah diberikan oleh kerajaan Persekutuan sebelum ini bagi menyediakan infrastuktur yang lebih baik kepada rakyat.
Beliau berkata sebagai contoh, bagi tahun 2023, Kerajaan Persekutuan telah menyediakan peruntukkan sebanyak RM 6.5 billion kepada Kerajaan Negeri Sabah, tetapi hanya RM 4.9 billion yang telah dibelanjakan.
Oleh itu, beliau meminta penjelasan sama ada perkara itu berpunca dari kegagalan Kerajaan Negeri menyelia, mentadbir dan menguruskan peruntukkan yang disediakan itu dengan baik.
Suhaimi berkata demikian ketika mrmbahaskan Bajet Sabah 2025 pada persidangan dewan undangan negeri di sini hari ini.
Sehubungan itu, beliau ingin tahu ‘apa
jaminan dan perancangan Kerajaan Negeri bagi memastikan peruntukkan pembangunan Sabah yang Kerajaan Persekutuan itu digunakan sepenuhnya untuk manfaat rakyat seluruhnya’.
“Tidak ada gunanya, peruntukan besar yang telah diluluskan oleh Kerajaan Persekutuan tetapi gagal dibelanjakan sepenuhnya yang menyebabkan rakyat Sabah terus ketinggalan,” katanya.
Suhaimi berkata kerajaan Persekutuan melalui Belanjawan 2025, telah memperuntukkan sebanyak RM 6.7 billion untuk Pembangunan Sabah dan Pemberian Khas sebanyak RM 600 juta.