Mohamaddin Ketapi minta kerajaan Sabah beri peruntukan khas baiki jalan luar bandar DUN Segama

KOTA KINABALU: ADUN Segama Datuk Mohamaddin Ketapi meminta kerajaan Sabah supaya menyelesaikan isu infrastruktur jalan raya di kawasan DUN itu.

Advertisements

Menurutnya DUN Segama amat memerlukan peruntukan khas untuk pembaikan jalan luar bandar yang menjadi penghalang kepada aktiviti ekonomi.

“Sebab itu, saya mencadangkan agar perhatian ini dapat diambil tindakan untuk menyelesaikan isu tersebut seperti jalam raya ke ulu segama, kampung tawaiyari, kampung sepadulang, jalan raya di kampung jawa dan kampung betik,” katanya ketika mengulas Bajet Sabah 2025.

Bekas Menteri Pelancongan persekutuan itu turut menegaskan bahawa Segama, sebagai kawasan pertanian, memerlukan akses kepada projek-projek insentif pembajakan sawah padi dan sokongan kepada pekebun kecil melalui program pembangunan pertanian komersial.

Mohamaddin juga menzahirkan sokongan kepada usaha meningkatkan pengeluaran beras tempatan di Sabah.

Dalam hal ini, beliau berpendapat Segama wajar dlibatkan dan meminta agar akses kepada projeek insentif pembajakan sawah padi dan sokongan kepada pekebun kecil melalui program pembangunan pertanian komersial turut diberikan kepada petani di kawasan itu.

Mohamaddin berharap pelaksanaan bantuan untuk rumah-rumah kebajikan dibawah DUN Segama atau Lahad Datu diberi pengkhususan.

“Harapan saya agar pihak kerajaan dapat meneliti semula program ini untuk memastikan golongan sasar dikawasan Segama mendapat manfaat,” katanya.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles