BEAUFORT: Sesi taklimat yang dilaksanakan oleh Jabatan Kemajuan Masyarakat Malaysia (KEMAS) bagi memberikan penjelasan mengenai fungsi serta peranan Jawatan Kuasa Desa Madani (JKDM) akan memberikan garis panduan kepada pengerusi (JKDM) yang telah dilantik dapat melaksanakan tugas serta tanggungjawab mereka dengan lebih efisien seiring dengan keperluan semasa.
Ketua Umno bahagian Beaufort Datuk Awang Aslee berkata ,jika sebelum ini mereka yang dilantik dalam (JKDM) masih keliru dengan fungsi serta peranan mereka sebagai pengerusi , diharapkan melalui taklimat ini, mereka lebih memahami tugas yang diamanahkan dan taklimat ini menjadi garis panduan untuk mereka melaksanakan tugas yang lebih berkesan di kawasan masing-masing.
“Sebelum ini mungkin mereka masih masih kurang jelas mengenai fungsi dan peranan JKDM dan keadaan ini ,turut dikelirukan lagi dengan kenyataan pihak-pihak tertentu di negeri ini, yang menolak pengwujudan JKDM di negeri ini yang menurut persepsi mereka akan memecah belahkan perpaduan rakyat di negeri ini” katanya ketika ditemui selepas merasmikan majlis penutupan Sesi Taklimat JKDM bagi kawasan Parlimen Beaufort bersama Kemas di dewan Kemas Beaufort pada Isnin.
Hadir sama Pegawai Kemas Beaufort Halick Udeh ,wakli Pegawai RISDA Beaufort Nazri Mat Nasir, Ketua Penerangan Umno bahagian Beaufort Awang Damit Jion,Ketua Wanita Umno bahagian Beaufort Juriffah Saflie ,Ketua Pergerakan Pemuda Umno Bahagian Beaufort Ak.Mohd Yazri Ak.Mohd.Yahya dan Ketua Puteri Munira Sarrie.
Sehubungan itu Awang Aslee yang juga Pengerusi Ahli Lembaga Penasihat Puat Giat Mara Parlimen Beaufort, meminta semua pengerusi JKDM yang telah dilantik khususnya di kawasan tersebut agar lebih fokas melaksanakan tugas serta tanggungjawab mereka kepada masyarakat terutamanya dalam membawa perubahan dari segi kemajuan dan minda rakyat kearah meningkatkan taraf siso ekonomi mereka seharian.
“Di peringkat akar umbi (JKDM) merupakan agen perubahan melalui proses perancangan dan tindakan yang mampu membawa perubahan dari segi landskap pembangunan dan peningkatan ekonomi rakyat setempat” katanya.
Menurut Awang Aslee lagi setiap JKDM yang sudah dibentuk tidak perlu risau lagi dengan desakan beberapa pihak yang menolak pengwujudan JKDM di negeri ini dengan alasan kerajaan negeri tidak mengiktirafnya.
“Abaikan tanggapan negetif mereka,kewujudan JKDM di negeri ini diiktiraf oleh kerajaan pusat, mereka hanya memberikan andaian negetif demi kepentingan politik sempit bukannya politik pembangunan untuk kepentingan rakyat ,” jelas Awang Aslee.
Dalam pada itu Awang Aslee berkata difahamkan kerajaan pusat melalui Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) akan memperuntukan sebanyak RM100 ribu setahun kepada setiap JKDM di negeri ini, khusus untuk tujuan pembangunan dan peningkatan ekonomi masyarakat setempat.
“Melalui peruntukan ini, setiap JKDM boleh memanafaatkan dengan merancang untuk tujuan melaksanakan projek projek kecil pembanguna di kampung masing -masing dan menganjurkan kursus-kursus kemahiran jangka pendek bagi meningkatkan ekonomi penduduk setempat selain menjaga kebajikan masyarakat setempat,” katanya.