Mositun Turun Padang Temui Rakyat Limbahau

PAPAR: Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) Limbahau, Datuk Johnny Mositun hari ini turun padang menyertai program gotong-royong di dua Kampung di kawasan Dewan Undangan Negeri Limbahau.

Advertisements

Program pertama yang beliau sertai ialah gotong-royong tabasan bersama pesawah di Kampung Novoung, dekat sini.

Selepas itu, Mositun menyertai program Gotong Royong membersihkan kawasan Sungai Kampung Tanaki, Kawang.

Program tersebut merupakan anjuran Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Kampung Tanaki yang dipengerusikan Connie Fred.

Turut hadir ketua anak negeri Juli Insing, Ayub Khan dan kakitangan unit PPM.

Sementara itu, Mositun meminta Jabatan Pengairan dan Saliran Sabah supaya mendalam dan melebarkan Sungai Kg Tanaki selain memohon agar perparitan untuk laluan air pengairan dipertingkatkan bagi sawqh padi di kg Novoung.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles