200 belia sertai kursus pemantapan jati diri pemimpin

KOTA KINABALU: Seramai 200 beliawanis menyertai Kursus Pemantapan Jati Diri Pemimpin di Dataran Tomborungus, Kudat. Program yang dihadiri Pergerakan Beliawanis Zon 1 dirasmikan oleh Ketua Pergerakan Beliawanis Gagasan Rakyat Sabah, Emmie Datuk Martin Idang.

Advertisements

Program dihadiri daripada Beliawanis di 15 Bahagian di Zon 1.

Ini merupakan program jelajah Gema Beliawanis yang mana Zon 1 adalah zon penutup bagi program jelajah ini

Ketuanya, Emmie Datuk Martin Idang berkata program ini antara sebagai satu persediaan awal Pergerakan Beliawanis Zon 1 bagi menghadapi pilihan raya selain mempersikan jentera dan menyusun strategi gerak kerja.

Beliau berkata dalam usaha untuk merealisasikan perjuangan dan hala tuju ini, jelajah Gema Beliawanis yang dijalankan sejak tahun lalu menekankan usaha pergerakan untuk melakukan hubungan secara langsung dengan anak-anak muda.

“Saya amat bangga dengan program yang dianjurkan oleh Beliawanis Zon 1, yang mana pengisian berbentuk ilmiah dan pada masa yang sama ada juga ‘fun’ aktiviti yang dijalankan. Tidak boleh lah kita terlalu serius, inilah keseimbangan yang kita mahu apabila menjalankan program untuk menarik minat orang ramai.

“Di bawah kepimpinan Datuk Hajiji banyak pencapaian dan inisiatif kerajaan untuk  membantu rakyat sabah, anak muda khususnya.  Sebagai contoh, RM470 juta diperuntukkan untuk pembangunan modal insan dalam belanjawan, kita diberikan banyak biasiswa dan bantuan seperti budi, bakti, bagus sebagainya,” kataya.

Beliau berkata demikian semasa  merasmikan Kursus Pemantapan Jati Diri Pemimpin di Dataran Tomborungus, Kudat baru-baru lalu.

Hadir sama Naib Ketua Beliawanis Gagasan Rakyat Sabah, Noorazmahirah Datuk Noorzain, Ketua Penyelaras Beliawanis Zon 1 Sonita Lim yang juga Ketua Beliawanis bahagian Tanjong Kapor serta ahli-ahli Beliawanis Zon 1.

Tambah Emmie pelaburan asing seperti syarikat SK Nexilis dan Kibing ke Sabah banyak mewujudkan peluang pekerjaan di negeri ini dan kemasukan DP World untuk pembangunan pelabuhan dan logistik di Sepanggar.

Jelasnya, semua usaha kerajaan di bawah pimpinan Datuk Hajiji  ini lah yang berjaya menjana kutipan hasil negeri kita sehingga mencecah lebih RM6 billion.

“Maklumat dasar dan polisi ini sebarkan sehingga peringkat akar umbi terutama wanita muda…beliawanis, supaya anak-anak muda tahu usaha dan pencapaian kerajaan yang ada sekarang,”ujarnya.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles