Tindakan Sabah tarik diri penganjur bersama Sukan SEA merugikan – Razif

KOTA KINABALU: Penarikan diri Sabah daripada penganjur bersama Sukan Sea 2027 adalah sesuatu perkara yang paling merugikan untuk Negeri Sabah khususnya.

Advertisements

Timbalan Ketua Pejuang Sabah Razif Bin Abdillah berkata alasan kekurangan kemudahan yang bersesuaian untuk menganjur kejohanan yang berprestij itu adalah satu gambaran kelemahan pentadbiran Kerajaan khususnya dalam Pembangunan sukan selama ini.

Beliau yang juga bekas pemain Bola Tampar Negeri Sabah berkata negeri ini sepatutnya sudah lama sedia sekiranya wujud pentadbiran yang efektif dalam membangunkan kemudahaan sukan khususnya pelan pembangunan sukan jangka panjang.

“Sukan adalah medium dimana anak muda berkecimpung seterusnya tempat persaingan bakat yang akan membuka laluan untuk ke peringkat seterusnya.

“Peluang yang terhidang ini bukan selalu diperolehi namun akibat kurang peka terhadap Pembangunan kemudahan fasiliti sukan maka ianya adalah kerugian menyeluruh untuk negeri Sabah dan warganya,” katanya.

“Kami rakyat Sabah faham dengan kekangan dan ianya mungkin norma biasa untuk menganjak kepada sesuatu namun, perbandingan nyata kita mampu lihat bilamana Kerajaan Sarawak sangat mengalukan dan menunjukkan kesediaan yang tinggi sebagai rakan penganjur Bersama temasya ini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Razif berkata penarikan diri itu bukan sahaja merugikan kepada atlet yang tersenarai bertanding kelak, tetapi juga kerugian kepada peminat sukan tempatan untuk melihat secara langsung perlawanan berprestij tinggi di peringkat Asia Tenggara.

“Yang paling utama adalah kerugian dalam sektor lain seperti industri perhotelan, makanan dan juga pelancongan yang terlepas begitu sahaja akibat kelemahan nyata daripada pengurusan pentadbiran sukan,” katanya.

Razif berharap tindakan drastik dapat diambil oleh Kementerian Belia dan Sukan Sabah dalam merangka persiapan untuk temasya Sukan yang berskala besar akan datang.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles