KDM Kiulu mahu pelaksanaan projek SMK Nabalu dipercepatkan

KOTA KINABALU: Naib presiden Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM) Henry Saimpon merayu kepada Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) supaya merealisasikan pembinaan SMK Nabalu seperti yang dijanjikan sebelum ini.

Advertisements

Ketika membuat gesaan itu, beliau berkata projek pelaksanaan projek bangunan SMK yang sudah tertangguh begitu lama dapat dipercepatkan.

Sambil menyambut baik Bajet 2025 yang memberikan peruntukan terbesar sebanyak RM64.1 bilion kepada KPM, Henry berkata projek SMK Nabalu wajar diberi perhatian demi manfaat para pelajar di kawasan Nabalu dan kampung sekitarnya, yang terletak berdekatan kaki gunung Kinabalu.

“Jika tapak yang sesuai menjadi halangan untuk membina bangunan konkrit SMK Nabalu, pihak KPM boleh menimbang kemungkinan membina bangunan semi konkrit dahulu bagi membolehkan sesi persekolahan sehinggga tingkatan 3 dilaksanakan seperti sesi SMK Kiulu sebelum 1980.

“Oleh itu, KDM Kiulu merayu agar projek ini diteruskan, sekaligus tidak meminggirkan penduduk Nabalu dan sekitarnya daripada arus pembangunan perdana,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Henry berkata demikian ketika mengulas pengumuman Bajet 2023 oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di Dewan Rakyat Jumaat lepas.

Beliau berkata selaras dengan visi dan misi KDM Kiulu, beliau juga mengesyorkan kepada kementerian kesihatan supaya menimbang kemungkinan membina cawangan Klinik Desa di tiga kampung iaitu di Kg Tudan, Kg Mantob dan Kg Lokos Kiulu.

Menurutnya ini penting terutama untuk khidmat nasihat kepada ibu-ibu yang mengandung memandangkan kampung-kampung itu dan kampung sekitar agak jauh dari khidmat klinik sedia ada yang terdekat atau Hospital Kiulu yang terletak di pekan Kiulu.

Henry turut menaruh harapan agar projek pembinaan jalan bandar kampung diperhebatkan di Dun Kiulu, termasuk jalan Ranap-Tibabar-Kitapo-Jalan Ranau.

Selain Jabatan Pertanian, beliau juga berharap pejabat cawangan Lembaga Padi Sabah dapat diwujudkan di Dun Kiulu pada masa akang datang.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles